Biografi Gyeongjong dari Joseon

Pada tahun 1690, pelantikan Gyeongjong sebagai pewaris takhta memicu pertengkaran antara puak Noron, yang menyokong saudara tirinya Putera Yeoning, dan puak Soron, yang menyokong Gyeongjong dari Joseon. Disebabkan pertelagahan ini, para sarjana Soron dijauhkan dari kekuasaan dan perselisihan puak mencapai titik tertinggi semasa pemerintahan Gyeongjong.

Berikutan kemangkatan Raja Sukjong pada tahun 1720, Pengganti Putera Diraja Hwiso (Yi Yun, 이윤 왕세자) menaiki takhta pada usia 31 tahun sebagai Raja Gyeongjong. Ketika Sukjong mangkat pada tahun 1720, baginda seharusnya memberitahu Yi Yi-myoung untuk menamakan Yeoning-geum sebagai pewaris Gyeongjong, tetapi timbul kecurigaan antara musuh Soron, Noron, dari ketiadaan ahli sejarah atau pencatat.

Gyeongjong menderita gering yang teruk semasa pemerintahannya, dan puak politik Noron menekan Gyeongjong untuk mengundurkan diri memberi laluan kepada saudara tirinya, Putera Yeoning. Pada tahun 1720, dua bulan setelah pertabalannya, saudara tirinya, Putera Yeoning ( Raja Yeongjo yang akan datang) dilantik sebagai Saudara Pengganti Putera Diraja (wangseje, 왕세제, 王世弟) untuk menangani hal ehwal negara, kerana kesihatan raja yang lemah membuatnya mustahil untuk menguruskan politik.

Dikatakan bahawa, ibunda Gyeongjong, Puan Besar Jang, harus disalahkan kerana penyakitnya. Puan Besar Jang telah dihukum mati dengan racun, pada tahun 1701. Setelah keputusan hukuman itu dibuat, Puan Besar Jang memohon untuk melihat anaknya, Putera Mahkota (kemudian Gyeongjong). Ketika Puan Besar berlari ke arahnya untuk menyambutnya, Puan Besar mencederakan perut putera Mahkota yang membuatnya mandul dan tidak dapat melahirkan pewaris. Disbabkan kesihatan Raja Gyeongjong yang rapuh, baginda tidak punya tenaga atau waktu untuk melakukan sesuatu yang penting dalam empat tahun pemerintahannya.[1]

Keadaan ini memperburuk perebutan kuasa dan membawa kepada pembunuhan besar-besaran, iaitu Shinimsahwa (辛壬士禍).[2] Puak Noron mengirim peringatan kepada raja tanpa sebarang kesan sementara orang Soron menggunakan ini untuk mengambil kesempatan—mendakwa puak Noron berusaha merebut kekuasaan dan kemudian mengeluarkan puak pesaing mereka dari beberapa pejabat. Anggota puak Soron kemudian muncul dengan idea untuk membunuh pewaris (Yeoning-geum) dengan helah memburu rubah putih yang dikatakan menghantui istana, tetapi Permaisuri Balu Inwon melindunginya dan terselamat, selepas peristiwa itu, Yeoning berkata kepada raja bahawa beliau lebih suka hidup sebagai orang biasa.

Semasa empat tahun pemerintahannya, terdapat dua insiden pembunuhan beramai-ramai; salah satunya ialah Sinchuk-oksa iaitu apabila parti politik yang berkuasa, Soron, menyingkirkan pembangkang Noron, sebuah kumpulan yang bertegas untuk saudara tiri Gyeongjong, Putera Yeoning, mengendalikan urusan nasional bagi pihak raja yang lemah dan gering pada tahun pertama pemerintahan Gyeongjong pada 1720 dan yang lain ialah Imin-oksa yang berlaku pada tahun ke-2 pemerintahan Gyeongjong, sekitar tahun 1722. Sejarah menyebut kedua-dua kejadian itu sebagai Sinim-sahwa. Selama pemerintahannya, baginda membuat senjata kecil untuk meniru senjata barat dan mereformasi sistem pengukuran tanah di bahagian selatan negara itu.[3]

Raja Gyeongjong mangkat pada tahun 1724 dan dimakamkan di Gunung Cheonjangsan di Yangju. Gelaran makam diberikan sebagai Uireung.

Terdapat beberapa spekulasi dari anggota parti Soron bahawa saudara tirinya, Putera Yeoning, ada kaitan dengan kemangkatannya kerana percubaan sebelumnya oleh puak Noron agar Putera Yeoning menggantikan Gyeongjong di takhta, tetapi beberapa ahli sejarah kini menyimpulkan bahawa Gyeongjong mangkat kerana memakan makanan laut yang telah busuk, seperti yang dijelaskan dalam buku Homer, The History of Korea.[4] "Tetapi kita mungkin meragui kebenaran khabar angin itu, kerana tidak ada yang diberitahu mengenai saudara lelaki itu yang menunjukkan bahawa dia akan melakukan perbuatan seperti itu, dan kedua, seorang lelaki yang akan makan udang pada pertengahan musim panas, yang telah dibawa tiga puluh batu dari laut tanpa ais mungkin boleh mati."[5]

Setelah kemangkatannya, babad pemerintahan Gyeongjong diterbitkan pada tahun 1732 di bawah pemerintahan Yeongjo. Beberapa karya kaligrafi muda Gyeongjong juga bertahan:

Rujukan

WikiPedia: Gyeongjong dari Joseon http://147.46.103.163/HEJ/HEJ_ENGHVIEW.jsp?cn=GK11... http://www.exploringkorea.com/uireung-tomb/ http://samedi.livejournal.com/359996.html http://jikimi.cha.go.kr/english/royal_palaces_new/... http://www.seongbuk.go.kr/pms/contents/contents.do... http://isni.org/isni/0000000382697229 https://www.idref.fr/118679902 https://id.loc.gov/authorities/names/n86133470 https://nl.go.kr/authorities/resource/KAC201717435 https://archive.org/stream/historyofkorea02hulbuof...